13 Perkara Sunat Hari Raya Aidilfitri

by 7:19 PM 0 comments

Lagi dua hari kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua  warga penduduk bumi yang beragama Islam  dan diharap semua salah dan silap saya dahulu dimaafkan samada perasan atau tidak. 

Mungkin kita tertanya-tanya apakah yang kita boleh buat atau lakukan bagi menambah pahala bagi hari kemenangan umat Islam ini.Sehubungan dengan kita,di bawah ini saya ada senaraikan sedikit perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ini. Semoga kita tergolong dalam orang yang beriman. Amin


13 Perkara Sunat Hari Raya Aidilfitri

1. Takbir. 

Anda boleh mula bertakbir selepas maghrib nanti.


2. Mandi sunat hari raya. 

Jikalau 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat, anda boleh niat untuk sunat hari raya dan sunat hari Jumaat.


3. Merapikan badan.

Potong kuku, misai, bulu hidung dan mana-mana bahagian lain yang perlu sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.


4. Memakai pakaian yang terbaik dalam koleksi anda.

Pakaian yang terbaik tak semestinya pakaian baru. Boleh gunakan pakaian yang pernah digunakan serta bersesuaian untuk ke masjid atau surau.


5. Menjamah makanan sebelum solat.

Pada Hari Raya Aidilfitri, anda disunatkan menjamah sedikit makanan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.


6. Mengucapkan tahniah.

Anda digalakkan mengucapkan Selamat Hari Raya ataupun tahniah kepada umat Islam yang lain sebagai tanda melahirkan kegembiraan.

Sekiranya ada rakan anda yang bersedih, bantulah mereka dari segi emosi. Tenangkan atau sabarkan mereka atas dugaan yang dihadapi.


7. Solat Sunat Aidilfitri.

Sebaiknya anda solat secara berjemaah di masjid. Namun, sekiranya anda tak sempat atau terbangun lewat, boleh lakukan secara bersendirian.


8. Pergi dan balik ke masjid dengan melalui jalan yang berlainan.

Tujuan disunatkan perkara ini supaya anda dapat berjumpa dengan lebih ramai orang. Secara tak langsung, ia boleh mengeratkan silaturahim sesama anda.


9. Bersedekah.

Hari Raya dengan duit raya memang sukar dipisahkan. Sekiranya anda bercadang nak beri duit raya, berniatlah untuk bersedekah dan kerana mengikut sunnah Nabi SAW.


10. Zakat Fitrah.

Bagi anda yang berkemampuan, tunaikanlah zakat fitrah ya.


11. Ziarah-menziarahi.

Ziarah atau berkunjung ke rumah keluarga serta sanak saudara mahupun jiran tetangga memang menjadi dah menjadi adat.

Namun, di samping anda ziarah-menziarahi tu, niatkan sekali yang tujuan anda ialah untuk mengeratkan silaturahim serta bermaaf-maafan di antara satu sama lain.

Kan lebih elok macam tu. :)


12. Meraikan anak yatim.

Anda boleh meraikan anak yatim yang dalam kesedihan. Maklumlah, mereka pasti teringat atau terkenang akan bapa, ibu atau kedua-dua orang tua yang telah pergi.


13. Puasa 6

Amalan puasa 6 hari dalam bulan Syawal memang tak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Bermula pada 2 Syawal, anda boleh lakukannya secara berturut-turut atau tidak.



Sekian saja 13 perkara sunat Aidilfitri yang boleh saya kongsikan dengan anda. Mudah-mudahan ia memberi munafaat kepada anda. Jikalau terdapat sebarang kesilapan pada mana-mana perkara di atas, saya mohon maaf.

Sumber : Jom jimat

farehin

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment