Maksud Zikir

by 5:47 PM 0 comments

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh,ok,entri kali ni pula saya akan terangkan maksud-2 zikir yang selalu kita buat.Mungkin ramai diantara kita tidak tahu maksud zikir yang kita sebut itu sendiri.Jadi,diharap entri kali ni memberi kebaikan kepada anda semua.

ZIKIR

1. Subhanallah
Subhanallah dari segi bahasa bermaksud Maha Suci Allah.

2. Alhamdulillah
Alhamdulillah dari segi bahasa bermaksud segala puji itu hanya untuk Allah.

Ucapan ALHAMDULILLAH yang diucap dengan ikhlas
nescaya akan dibalas dengan Rahmat dariNya
dan sesiapa yang diberi Rahmat olehNya
Insya Allah akan bertambah nikmatnya

3. Lailahaillah
Maksud Lailahaillah ialah tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah.

4. Allahu Akbar
Dari segi bahasa Allahu Akbar bermaksud Allah Maha Besar.

5. Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim
Maksud Lahawlawala QuwwataillabillahilAliyilAzim ialah tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.

  

"Hendaklah kau ucapkan: SUBHANALLAHI sebanyak 33 kali ALHAMDULILLAHI sebanyak 33 kali dan ALLAHU AKBAR sebanyak 34 kali sebelum tidur di malam hari."
Lantas baginda Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Ini lebih baik bagimu daripada khadam yang kau mintakan itu."


Baginda bersabda: Ambillah perisai untuk melindugi kamu dari api neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, - Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapannya, disebelah belakangnya, dikanannya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjarannya. (HR Tabrani. Majma`ul Bahrain).


Riwayat Muslim menjelaskan bahawa barangsiapa bertasbih (Subhanallah) setiap kali selesai solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali, kemudian digenapkan dengan mengucapkan Lailaha Illah Wahdahula Syarikalahu Walahulhamduyuhyi Wayumitu Wahuwa Ala Kulli Syaiin Qadir, nescaya akan diampuni dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.


Terima kasih

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment