Asas Istiqamah

by 9:37 AM 0 comments

Assalamualaikum dan selamat pagi saudara seagama. Sudah cukup lama rasanya saya tak update blog ni. Kemalasan melanda diri sebab seronok design tshirt . Alhamdulillah, Saya diberi peluang oleh Allah untuk update entri kali ini yang berkaitan dengan Istiqamah. Entri kali ni cadangan oleh pembaca blog saya sendiri.Semoga entri kali ini memberi peringatan kepada anda dan saya.


Perkara yang harus kita tahu jika ingin memahami tentang istiqamah ini sendiri adalah maksud/pengertiannya iaitu Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Dari pada pengertian diatas,dapat kita rumuskan unsur-unsur istiqamah iaitu : 

  1. Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
  2. Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullullah Sallallahu Alaihi Wassalam.
  3. Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
  4. Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
  5. Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.
Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasulnya .Seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. 

(Surah Fusilat Ayat ' 6)
Ertinya:  Katakanlah ( Wahai Muhammad ):  "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)......
(Rawahul Muslim)

Ertinya:  Katakanlah:  Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu.

Istiqamah adalah sifat Muslim sejati. Ia ada pada orang yang kuat mujahadahnya. Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Rambut aku menjadi uban kerana surah Nuh.” Ayat yang sangat banyak Nabi fikirkan ialah ayat yang berbunyi maksudnya: “Hendaklah kamu beristiqamah terhadap apa yang aku perintahkan.” Kerana terlalu banyak memikirkan ayat itu hingga al-Rasul menjadi beruban. Maksud ayat itu ialah Rasul berfikir bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah dan pada masa yang sama bagaimana juga hendak menanggung risiko tindak balas dan ancaman daripada kaum musyrikin kota Makkah.
Ada baiknya kalau kita lihat sedikit panduan untuk mendapat istiqamah.

Pertama, banyakkan berdoa. Doa khusus ialah minta Allah anugerahkan pada kita supaya sentiasa beristiqamah. Doa sebenarnya satu visi. Jika di minda ada tergambar untuk mendapatkan istiqamah sudah tentu jadi pendorong, apabila malas akan teringat pada visi.

Kedua, berkawanlah dengan mereka yang komited dengan kebaikan. Kawan baik ialah kawan yang membantu kita berbuat baik. Kawan baiklah kawan yang mendorong kita ke syurga. kawan yang baik ialah kawan yang menghalang kita daripada terjerumus ke neraka.

Ketiga, untuk beristiqamah ialah dengan menulis matlamat yang kita nak capai dan lekatkan di mana-mana tempat di rumah atau pejabat serta mudah dilihat. Ia bertujuan supaya kita tidak mudah lupa maklumlah Ramadan datang setahun sekali.

Keempat, apabila sudah dapat kita tunaikan amalan yang kita nak beristiqamah, iaitu apabila amalan itu sudah mula sebati dengan jiwa kita buatlah kenduri iaitu raikanlah kejayaan kita itu dengan doa selamat dengan menjemput sahabat terdekat.

Kelima ialah dengan berdialog dengan diri sendiri. Biar diri kita yang memujuk diri sendiri dengan membandingkan istaqamah orang-orang dulu. Sekiranya mereka dapat melakukannya kenapa kita tidak? Mereka juga manusia seperti kita.

Keenam, bayangkan pahala besar yang menanti kita apabila kita dapat beristiqamah. : ‘Semoga Allah menerima amalan kita dan amalanmu’”.

Kejayaan melaksanakan tuntutan iman dan matlamat amal Soleh dapat dicapai
dengan sikap istiqamah seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran.

(Surah Fusilat-Ayat 30-32)
Ertinya:  Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata :  "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):  "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu."

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu  ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari ituapa yang kamu cita-citakan mendapatnya."  "(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !"






Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment