Fitnah

by 10:12 AM 1 comments

Assalamualaikum saudara seislam. Entri hari ini berkaitan dengan Fitnah. Sebagai umat Muhammad yang inginkan syurga Allah,perkara yang dikatakan sebagai fitnah inilah yang wajib kita jauhi. Semoga entri ini memberi peringatan dan manfaat kita bersama.


Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat;217 yang bermaksud:
“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…”

Firman-Nya lagi yang bermaksud:
“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim” (Al Baqarah: 193)

Jadi,perkara pertama yang harus kita tahu adalah maksud fitnah itu sendiri iaitu Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak.

Banyak kesan buruk yang akan lahir jika perkara ini terus diamalkan antaranya : 

  • Fitnah antara individu

Menjatuhkan maruah individu, menyebabkan pertelagahan, rompakan, samun, berbunuhan antara sesuatu individu yang bertelagah.


  • Fitnah antara keluarga

Menyebabkan keluarga sukar untuk saling memahami antara satu sama lain, hubungan antara keluarga sentiasa dipengaruhi rasa tidak tenteram, dendam, tidak mesra, sering bertelagah, pergaduhan, kekasaran, pukul-memukul, bercerai antara suami isteri, kehilangan anak dan lain-lain.


  • Fitnah antara masyarakat

Masyarakat menjadi tidak muafakat, enggan bekerjasama dalam aktiviti kejiranan, sukarelawan, perbalahan antara komuniti, saling memburukkan antara pelbagai pihak, kemajuan masyarakat menjadi lembab, wujudnya jurang sosial yang luas, pergaduhan, kecurian, rompakan, pembakaran kawasan penduduk, persekitaran yang tidak tenteram, porak peranda dan lain-lain.


  • Fitnah antara politik/negara

Suasana hubungan antara parti politik tidak reda, sering berlakunya api kemarahan antara bangsa, agama dan masyarakat. Jurang kemiskinan kian menjadi-menjadi, isu tuduh-menuduh terus berleluasa, media arus perdana sering berat sebelah, kekacauan, kebangkitan suara rakyat yang meminta keadilan secara terang-terangan menjadi, pergaduhan antara pemerintah dan rakyat, ekonomi negara statik/merudum atau tak menentu serta tahap inflasi meningkat, peperangan, kemusnahan harta benda dan lain-lain lagi.

Jadi,sebagai orang islam elakkanlah daripada membuat fitnah kerana kesannya tidak boleh mencium syurga. Begitu juga golongan yang menghasut dengan "lempar batu sembunyi tangan".



“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” ~ (Surah al-Hujurat: 6)

Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi SAW pada malam Isra‘ dan Mi‘raj.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya. Rasulullah SAW bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”


Baginda bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”. ~ (Hadis riwayat al-Bukhari)


“Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.” ~ (Surah al Hujuraat: 12)




Sumber : Satu , Dua

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

1 comment: